Monday 30 April 2012

Daku utuskan Assalamualaikum permulaan bicara..

Sudah agak lama tidak mencoret di blog ini. Agak sibuk dengan tugasan sebagai mahasiswa. Taat kala orang lain sedang melayan tugasan aku sempat lagi mencoret sesuatu. Aku rasa coretan kali ini memberi seribu erti buat aku sebagai seorang anak perempuan.



Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, anak perempuan yang sedang bekerja diperantauan, anak perempuan yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, anak perempuan yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya…..akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya.

LALU BAGAIMANA DENGAN AYAH???

Mungkin karena ibu lebih sering menelepon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayahlah yang mengingatkan Ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, Ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahawa sepulang Ayah bekerja dan dengan wajah lelah Ayah selalu menanyakan pada Ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil…… Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal. Dan setelah Ayah mengganggapmu boleh, Ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu…

Kemudian Ibu memberitahu : “Jangan dulu Ayah, jangan dilepas dulu roda bantunya” ,
Ibu takut putri manisnya terjatuh lalu terluka….
Tapi sedarkah kamu?

Bahawa Ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikalmu dengan saksama kerana dia tahu putri kecilnya PASTI Boleh.
Pada saat kamu menangis merengek meminta boneka atau mainan yang baru, Ibu menatapmu hiba.. Tetapi Ayah akan mengatakan dengan tegas : “Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang”

Tahukah kamu, Ayah melakukan itu kerana Ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi?

Saat kamu sakit pelik, Ayah yang terlalu khuatir sampaikan sedikit membentak dengan berkata :

“Sudah diberitahu! kamu jangan minum air dingin!”.

 

berbeza dengan Ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.
Ketahuilah, saat itu Ayah benar-benar mengkhawatirkan keadaanmu.

Ketika kamu sudah berganjak remaja….

Kamu mulai menuntut pada Ayah untuk dapat izin keluar malam, dan Ayah bersikap tegas dan mengatakan: “Tidak boleh!”.

Tahukah kamu, bahwa Ayah melakukan itu untuk menjagamu?
Kerana bagi Ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat – sangat luar biasa berharga..

Setelah itu kamu marah pada Ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu…
Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah Ibu….

Tahukah kamu, bahawa saat itu Ayah memejamkan matanya dan menahan gelodak dalam batinnya,
Bahawa Ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?
Ketika saat seorang kekasih hatimu mulai dan sering menelfonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,

Ayah akan memasang wajah paling cool sedunia…. :’)

Ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang bercakap berdua di ruang tamu..


Sedarkah kamu, kalau hati Ayah merasa cemburu?
Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan Ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.

Maka yang dilakukan Ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir…
Dan setelah perasaan khawatir itu berlarut – larut…
Ketika melihat putri kecilnya pulang larut malam hati Ayah akan mengeras dan Ayah memarahimu.. .

Sedarkah kamu, ini kerana hal yang di sangat ditakuti Ayah akan segera datang?

“Bahawa putri kecilnya akan segera pergi meninggalkan Ayah”
Setelah lulus SPM. mahupun STPM mahupun MATRIKULASI, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Sarjana.

Ketahuilah, bahAwa seluruh paksaan yang dilakukan Ayah itu semata – mata hanya kErAna memikirkan masa depanmu nanti…

Tapi  Ayah tetap tersenyum dan mendukungmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan Ayah..

Ketika kamu menjadi gadis dewasa…..Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain…
Ayah harus melepasmu...


Tahukah kamu bahAwa badan Ayah terasa kaku untuk memelukmu?
Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasIhat ini dan itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. .
Padahal Ayah ingin sekali menangis seperti Ibu dan memelukmu erat-erat.

Yang Ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk belakangmu dan berkata berkata “Jaga dirimu baik-baik ya sayang”.
Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT…kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu ketiadaan wang  untuk membiayai wang semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah Ayah.


Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.
Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta boneka baru, dan Ayah tahu ia tidak bisa memberikan yang kamu inginkan….


Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : “Tidak….. Tidak bisa!”
Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan “Iya sayang, nanti Ayah belikan untukmu”.
Tahukah kamu bahawa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu ditiba sebagai seorang "SARJANA"

Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.
Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat “putri kecilnya yang tidak manja berhasil MENJADI dewasa, dan telah menjadi seseorang”


Sampai saat seorang teman LELAKIMU datang ke rumah dan meminta izin pada Ayah untuk mengambilmu darinya.

Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin..
KERANA  Ayah tahu……
BahAwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya….

Saat Ayah melihatmu duduk di Panggung Pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya pantas menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia…..
Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu Ayah pergi kebelakang PELAMIN sebentar, dan menangis?

Ayah menangis KERANA sangat berbahagia, kemudian Ayah berdoa…..
Dalam liriK doanya kepada Tuhan, Ayah berkata:


“Ya Allah, ya Tuhanku …..
Putri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita dewasa yang cantik….
Bahagiakanlah ia bersama suaminya…”

Setelah itu Ayah hanya BOLEHmenunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk…Ayah telah menyelesaikan tugasnya menjagamu …..

Ayah, Bapak, atau Abah kita…
Adalah insan yang selalu terlihat kuat…
Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis…
Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu. .
Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahawa 
“KAMU BOLEH” dalam segala hal...


Kisah seorang ayahanda yang tidak diketahui oleh anaknya..

Kata Maaf daku hulurkan pada ayahanda tercinta..
puteri sulungmu ini mohon seribu kemaafaan..
hanya secebis doa yang anakandamu ini pohon..
restuilah perjuangan fisabillillah di perantauan..
KERANAMU AKU DISINI..


RINDU AYAH ..




Tuesday 21 February 2012

new semester

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang




alhamdulillah..

semester kedua akan ku harungi
moga dipermudahkan segala urusan

saya insan biasa yang bernama manusia mempunyai impian yang jitu..


this semester:

" i want dean same with my mR.econOmy"

 Ya Allah..

Permudahkan lah segala urusan hambamu ini,

Permudahkan jua perjuangan sahabat-sahabat seperjuanganku ini dalam menuntut ilmu,

Amin Ya Rabbal Alamin..


Friday 13 January 2012

bila gembira kita senyum, bila duka kita.........???

Assalamualaikum dan salam sejahtera


exam pun dah habis semalam, ini bermakna semester satu dah melabuh tirainya. kejap je rasa dah habis semester satu. semester satu mengajar hidup berdikari berada diperantauan. sejak digelar mahasiswa pada 7 september 2011 pelbagai dah lalui. suka duka perit   jerih macam-macam ada. tangisan demi tangisan suka demi suka semua itu dah menjadi lumrah  mahasisiwa. di sini juga macam-macam pengalaman dapat. hidup di universiti memberi seribu kenangan. nie baru semester satu. jadi, ketabahan mesti dijadikan garis paduan untuk hidup sebagai mahasiswi.

malam nie dah nak balik kampung. besut sedang menunggu kepulanganku. rindu beb. ape taknya last balik raye haji. tak sabar nk balik. nak borak-borak dengan adik-adik. mesti banyak cite adik-adik nak bagitahu. maklumlah adik-adik semua dah sekolah. nak2 adik farah adik bongsuku, 5tahun, dia dah sekolah tadika. hari tu dah tefon macam2 adik dah cerita. rindu sangat2 die. mak ayah sudah semestinya. perasaan nk pulang ke kampung berbuak-buak. nk jumpa ayah ngan mak. ayah tak sihat. risau sangat kt ayah. ayah sakit. tapi ayah tetap buat2 tak sakit. ayah seorang yang kuat. selalu bagiku semangat. kata ayah selagi dia boleh berjalan dia akan tunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. dulu balik tak sanggup nk tgk ayah. ayah xsama macam dia sihat dulu. masa sampai kat stesen bas ayah pi amik, terkejut tgk ayh kurus sangat. tak sama macam hantarku di upsi. bila tgk keadaan ayah macam 2, ape lagi mengalir air mata tak sanggup tgk ayah. walaupun sakit tetap kuat semangatnya. itu lah ayahku. tanpa dia tiadalah aku meneruskan cita-cita di upsi. semoga ayah baik-baik saja dan kembali sihat seperti dulu.

hohoho balik kampung.,hati girang.. tepat jam 12malam daku nk balik dah, tadi pemilik agen bas catar balik besut  dah mesej naik bas nombor1. apa lagi barang2 dah siap kemas pom. riang ria balik kampunglah. sebulan lebih cuti. lepas tu masuk semester dua. yea....!! sepatutnya bas kul9 tapi bas terlekat banjir terpaksa ikut jaln lain..hurmmmm ade hikmah lah tuu kan. its okey ~

aktiviti cuti semester jadi cikgu untuk adik-adik. ajar mereka buat homework. hehehe.. lagi, jumpa kawan-kawan lame dah tak kumpul ngan dieorang semua.. jadi, having fun wif them :p

smile ^^


sekian... jumpa di lain bicara (",)

Wednesday 11 January 2012

kisah sepatuku (:

Assalamualaikum..

ase cam dah lame sangat tak update blog..hakikatnya 2 3 hr je.. ngeh3~~ sebenarnyakan sekrg nie musim exam..sempat lagi update blog..org stdy kte duk blogger..hehehe..peerrghh...terbaek lh hanna.. ;p td exzam sosiolinguistik okey lah..luse 2paper n last paper.. pastu balik kampung larh,republic of besut menunggu kepulanganku..suka2 (^___^). tiada benda paling nikmat bila duk di perantauan nie..rindu bangat seyy kt bonda ayahanda tercinta dan adinda kesayangan..kawan-kawan sy pulang dulu ek,, jgn jealous Cik Siti NurNazehah and de gEng :) okey lh xnk melalot panjang2..sory terover melalot..hihihi~

Entry kali nie pula nk cter sal sepatu..means "kasut". Sepanjang ada rumah kedua di Tanjung Malim nie kolej za'ba, upsi daa..jgn pk bukn2 ek..not rumah mak mertua k..semester satu sahaja sudah 4 pasang kasut asyik tukar yang baru je. teruk lah kan.. etceli bukan membazir tapi kasut saya rosak lah..koyak rabak nak2 bahagian tapak..hehehe..sampaikan pinjam kasut ruumate nk g exam..hehehe..tapi..semalam dah pegi pekan beli kasut baru sebab xde kasut..semua rosak..orang ganu cakap *berat nanang* lah sebab satu sem 4pasang kasut..bayangkan kalau 8sem..adehh boleh buat koleksi kot..hahahaha..lau korang tak percaya ley tgk kat bawah nie k..kasut saya dah rosak@punoh..huhuhu ^^..

rumah kedua saya :)



kasut pertama cantik je luaran


ce tgk separuh tapak kasut xde so kasut masuk air  

kasut kedua beli di kasut you kat kg. first dtg UPSI  
-masih still rosak kt tapak..ayoyo; parah macam nie-

-shoes nie ade heel larh yank pakai just untuk even je..xpakai pon pegi kelas sebab nk p kelas cepat-

...DAN...


kasut baru beli di pekan TM semalam sebab terdesak sangat-sangat



#SEPATU BARU KU#

walaupun tak cantik tapi semangat taw first pakai pegi exam sosiolinguistik lagi ^^


udah lewat pagi nie. jari-jari udah penat menaip.

sekian kisah sepatu baru ku..

jumpa di lain entry ('',)

-wassalam-

Sunday 8 January 2012

rugi tak baca #tanya sama pokok#

Assalamualaikum..

ENTRY kali ini hanya PERKONGSIAN semata-mata.

pERkongsian ini aq dapat dari PENJELAHAN bloggers2 yg lain..

sElAmAt MeMbAcA..



Dari penafsiran saya sendiri sebagai pendengar lagu pokok by hazama ni, saya merasakan lagu ini dibaliknya penuh dengan makna yang tersirat yang mengajak para pendengar untuk berfikir. Saya cuba menafsirkan mengikut pemahaman dan pemikiran saya sendiri. Lagu ini penuh dengan unsur-unsur nasihat jika kita benar-benar memahami dan menghayati liriknya.


Tersesat malu bertanya
Tak tahu, tahu kemana
terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Jika kita malu bertanya kita akan tersesat jalan. Seseorang yang malu bertanya atau tidak mahu bertanya (tidak mahu mendalami) ilmu agama pasti mereka akan sesat jalannya. Coz ilmu agama adalah perisai kehidupan seseorang.

Ingat!!!!

sekiranya kita mengejar DUNIA sahaja
so, resultnya
just DUNIA!

but...

Sekiranya kita mengejar AKHIRAT
resultnya
kita akan dapat BOTH
DUNIA n AKHIRAT


Kita tidak akan tahu kemana arah tuju hidup kita jika hanya mengejar dunia. Tidak akan ada soalan ini bagi mereka yang tidak tahu matlamat hidup.

" Untuk apa ye aku dihidupkan?"

" Kenapa aku dihidupkan?"

" Untuk siapa sebenarnya aku hidup?"

Jika soalan-soalan di atas tak pernah terlintas dalam benak fikiran kita, so..jangan harap soalan ini akan terlintas...

" Apa yang aku perlu buat dalam hidup aku ni?"

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

so....tanyalah sama pokok...^_^
Apa pula yang dimaksudkan "pokok"?

means, tanya sama diri....apa sebab hidup kita tak teratur..sometimes..diri akan jawab...coz angin yang goncang..angin means ujian...ujian kehidupan yang pelbagai menyebabkan kehidupan kita seakan bergoncang ke sana ke mari, tak de arah tuju..

PATUT KE SALAHKAN UJIAN??

x patut...memang ujian itu lumrah kehidupan, tak de ujian, tak delah kehidupan. So, tanya pada diri...bila mahu berubah? Bila nak perbaiki iman?

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Kita suka buat perkara yang kita mahu...perkara yang kita ingin...Kita sanggup buat apa sahaja pada perkara yang kita mahu...tapi tak sanggup berkorban untuk buat perkara yang perlu..banyak sangat alasan untuk perkara yang perlu.

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Hemm...betul..tak mudah dan tak susah untuk buat perkara yang perlu ni...sumenya terserah pada diri kita.

Jika mahu redha dan syurga Allah
Buat apa yang Allah suruh
Tinggalkan apa yang dilarang olehNya

Jika mahu yang sebaliknya
Terserah atas pilihan...

Allah tak akan mengubah nasib seseorang selagi mana dia tidak mahu mengubah dirinya sendiri..:)

jadi...ce fikir...ce fikir..

Seandainya rebah
KAU MASIH ADA

Suka sangat lirik ni...Setelah kita penat berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik, pasti kita akan melalui manis dan pahit mujahadah...seandainya kita terasah lemah dan terasa iman semakin merebah...

Yakinlah!!!

KAU MASIH ADA

ALLAH masih ada menemani dan membantu sepanjang perjuangan kita..^_^

Baiknya Allah...Ya Allah, jangan tinggalkan kami ye...kerana kami amat memerlukanMu..

********************************************

Jadilah seorang pendengar yang berfikir. Jangan hanya mendengar tanpa memerhati (berfikir)...Tak mudah namun tak susah untuk mengubah cara berfikir, terserah atas pilihan kita untuk berubah bila dan dimana.

tidak ada kata esok, nanti , kejap lagi, akan datang UNTUK BERUBAH....

jika ingin berubah
hanya ada kata SEKARANG....NOW...

BERUBAHLAH kerana PERUBAHAN itu suatu perkara yang PERLU , bukan sekadar perkara yang MAHU.

untuk berubah tidak cukup dengan perkataan

" Aku MAHU berubah"

untuk berubah mestilah dengan 2 perkataan ini

" Aku MAHU dan PERLU berubah"

..::jOm Berubah menJadi PokOk yaNg beRmanfaaT::..

~Tanya SaMa pOkoK~


 




 p/s: human are not perfect..
-sekadar renungan semata-mata-
(^^,)









salam bicara,
philos0philia(",)