Friday 13 January 2012

bila gembira kita senyum, bila duka kita.........???

Assalamualaikum dan salam sejahtera


exam pun dah habis semalam, ini bermakna semester satu dah melabuh tirainya. kejap je rasa dah habis semester satu. semester satu mengajar hidup berdikari berada diperantauan. sejak digelar mahasiswa pada 7 september 2011 pelbagai dah lalui. suka duka perit   jerih macam-macam ada. tangisan demi tangisan suka demi suka semua itu dah menjadi lumrah  mahasisiwa. di sini juga macam-macam pengalaman dapat. hidup di universiti memberi seribu kenangan. nie baru semester satu. jadi, ketabahan mesti dijadikan garis paduan untuk hidup sebagai mahasiswi.

malam nie dah nak balik kampung. besut sedang menunggu kepulanganku. rindu beb. ape taknya last balik raye haji. tak sabar nk balik. nak borak-borak dengan adik-adik. mesti banyak cite adik-adik nak bagitahu. maklumlah adik-adik semua dah sekolah. nak2 adik farah adik bongsuku, 5tahun, dia dah sekolah tadika. hari tu dah tefon macam2 adik dah cerita. rindu sangat2 die. mak ayah sudah semestinya. perasaan nk pulang ke kampung berbuak-buak. nk jumpa ayah ngan mak. ayah tak sihat. risau sangat kt ayah. ayah sakit. tapi ayah tetap buat2 tak sakit. ayah seorang yang kuat. selalu bagiku semangat. kata ayah selagi dia boleh berjalan dia akan tunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. dulu balik tak sanggup nk tgk ayah. ayah xsama macam dia sihat dulu. masa sampai kat stesen bas ayah pi amik, terkejut tgk ayh kurus sangat. tak sama macam hantarku di upsi. bila tgk keadaan ayah macam 2, ape lagi mengalir air mata tak sanggup tgk ayah. walaupun sakit tetap kuat semangatnya. itu lah ayahku. tanpa dia tiadalah aku meneruskan cita-cita di upsi. semoga ayah baik-baik saja dan kembali sihat seperti dulu.

hohoho balik kampung.,hati girang.. tepat jam 12malam daku nk balik dah, tadi pemilik agen bas catar balik besut  dah mesej naik bas nombor1. apa lagi barang2 dah siap kemas pom. riang ria balik kampunglah. sebulan lebih cuti. lepas tu masuk semester dua. yea....!! sepatutnya bas kul9 tapi bas terlekat banjir terpaksa ikut jaln lain..hurmmmm ade hikmah lah tuu kan. its okey ~

aktiviti cuti semester jadi cikgu untuk adik-adik. ajar mereka buat homework. hehehe.. lagi, jumpa kawan-kawan lame dah tak kumpul ngan dieorang semua.. jadi, having fun wif them :p

smile ^^


sekian... jumpa di lain bicara (",)

No comments:

Post a Comment