Friday 13 January 2012

bila gembira kita senyum, bila duka kita.........???

Assalamualaikum dan salam sejahtera


exam pun dah habis semalam, ini bermakna semester satu dah melabuh tirainya. kejap je rasa dah habis semester satu. semester satu mengajar hidup berdikari berada diperantauan. sejak digelar mahasiswa pada 7 september 2011 pelbagai dah lalui. suka duka perit   jerih macam-macam ada. tangisan demi tangisan suka demi suka semua itu dah menjadi lumrah  mahasisiwa. di sini juga macam-macam pengalaman dapat. hidup di universiti memberi seribu kenangan. nie baru semester satu. jadi, ketabahan mesti dijadikan garis paduan untuk hidup sebagai mahasiswi.

malam nie dah nak balik kampung. besut sedang menunggu kepulanganku. rindu beb. ape taknya last balik raye haji. tak sabar nk balik. nak borak-borak dengan adik-adik. mesti banyak cite adik-adik nak bagitahu. maklumlah adik-adik semua dah sekolah. nak2 adik farah adik bongsuku, 5tahun, dia dah sekolah tadika. hari tu dah tefon macam2 adik dah cerita. rindu sangat2 die. mak ayah sudah semestinya. perasaan nk pulang ke kampung berbuak-buak. nk jumpa ayah ngan mak. ayah tak sihat. risau sangat kt ayah. ayah sakit. tapi ayah tetap buat2 tak sakit. ayah seorang yang kuat. selalu bagiku semangat. kata ayah selagi dia boleh berjalan dia akan tunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. dulu balik tak sanggup nk tgk ayah. ayah xsama macam dia sihat dulu. masa sampai kat stesen bas ayah pi amik, terkejut tgk ayh kurus sangat. tak sama macam hantarku di upsi. bila tgk keadaan ayah macam 2, ape lagi mengalir air mata tak sanggup tgk ayah. walaupun sakit tetap kuat semangatnya. itu lah ayahku. tanpa dia tiadalah aku meneruskan cita-cita di upsi. semoga ayah baik-baik saja dan kembali sihat seperti dulu.

hohoho balik kampung.,hati girang.. tepat jam 12malam daku nk balik dah, tadi pemilik agen bas catar balik besut  dah mesej naik bas nombor1. apa lagi barang2 dah siap kemas pom. riang ria balik kampunglah. sebulan lebih cuti. lepas tu masuk semester dua. yea....!! sepatutnya bas kul9 tapi bas terlekat banjir terpaksa ikut jaln lain..hurmmmm ade hikmah lah tuu kan. its okey ~

aktiviti cuti semester jadi cikgu untuk adik-adik. ajar mereka buat homework. hehehe.. lagi, jumpa kawan-kawan lame dah tak kumpul ngan dieorang semua.. jadi, having fun wif them :p

smile ^^


sekian... jumpa di lain bicara (",)

Wednesday 11 January 2012

kisah sepatuku (:

Assalamualaikum..

ase cam dah lame sangat tak update blog..hakikatnya 2 3 hr je.. ngeh3~~ sebenarnyakan sekrg nie musim exam..sempat lagi update blog..org stdy kte duk blogger..hehehe..peerrghh...terbaek lh hanna.. ;p td exzam sosiolinguistik okey lah..luse 2paper n last paper.. pastu balik kampung larh,republic of besut menunggu kepulanganku..suka2 (^___^). tiada benda paling nikmat bila duk di perantauan nie..rindu bangat seyy kt bonda ayahanda tercinta dan adinda kesayangan..kawan-kawan sy pulang dulu ek,, jgn jealous Cik Siti NurNazehah and de gEng :) okey lh xnk melalot panjang2..sory terover melalot..hihihi~

Entry kali nie pula nk cter sal sepatu..means "kasut". Sepanjang ada rumah kedua di Tanjung Malim nie kolej za'ba, upsi daa..jgn pk bukn2 ek..not rumah mak mertua k..semester satu sahaja sudah 4 pasang kasut asyik tukar yang baru je. teruk lah kan.. etceli bukan membazir tapi kasut saya rosak lah..koyak rabak nak2 bahagian tapak..hehehe..sampaikan pinjam kasut ruumate nk g exam..hehehe..tapi..semalam dah pegi pekan beli kasut baru sebab xde kasut..semua rosak..orang ganu cakap *berat nanang* lah sebab satu sem 4pasang kasut..bayangkan kalau 8sem..adehh boleh buat koleksi kot..hahahaha..lau korang tak percaya ley tgk kat bawah nie k..kasut saya dah rosak@punoh..huhuhu ^^..

rumah kedua saya :)



kasut pertama cantik je luaran


ce tgk separuh tapak kasut xde so kasut masuk air  

kasut kedua beli di kasut you kat kg. first dtg UPSI  
-masih still rosak kt tapak..ayoyo; parah macam nie-

-shoes nie ade heel larh yank pakai just untuk even je..xpakai pon pegi kelas sebab nk p kelas cepat-

...DAN...


kasut baru beli di pekan TM semalam sebab terdesak sangat-sangat



#SEPATU BARU KU#

walaupun tak cantik tapi semangat taw first pakai pegi exam sosiolinguistik lagi ^^


udah lewat pagi nie. jari-jari udah penat menaip.

sekian kisah sepatu baru ku..

jumpa di lain entry ('',)

-wassalam-

Sunday 8 January 2012

rugi tak baca #tanya sama pokok#

Assalamualaikum..

ENTRY kali ini hanya PERKONGSIAN semata-mata.

pERkongsian ini aq dapat dari PENJELAHAN bloggers2 yg lain..

sElAmAt MeMbAcA..



Dari penafsiran saya sendiri sebagai pendengar lagu pokok by hazama ni, saya merasakan lagu ini dibaliknya penuh dengan makna yang tersirat yang mengajak para pendengar untuk berfikir. Saya cuba menafsirkan mengikut pemahaman dan pemikiran saya sendiri. Lagu ini penuh dengan unsur-unsur nasihat jika kita benar-benar memahami dan menghayati liriknya.


Tersesat malu bertanya
Tak tahu, tahu kemana
terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Jika kita malu bertanya kita akan tersesat jalan. Seseorang yang malu bertanya atau tidak mahu bertanya (tidak mahu mendalami) ilmu agama pasti mereka akan sesat jalannya. Coz ilmu agama adalah perisai kehidupan seseorang.

Ingat!!!!

sekiranya kita mengejar DUNIA sahaja
so, resultnya
just DUNIA!

but...

Sekiranya kita mengejar AKHIRAT
resultnya
kita akan dapat BOTH
DUNIA n AKHIRAT


Kita tidak akan tahu kemana arah tuju hidup kita jika hanya mengejar dunia. Tidak akan ada soalan ini bagi mereka yang tidak tahu matlamat hidup.

" Untuk apa ye aku dihidupkan?"

" Kenapa aku dihidupkan?"

" Untuk siapa sebenarnya aku hidup?"

Jika soalan-soalan di atas tak pernah terlintas dalam benak fikiran kita, so..jangan harap soalan ini akan terlintas...

" Apa yang aku perlu buat dalam hidup aku ni?"

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

so....tanyalah sama pokok...^_^
Apa pula yang dimaksudkan "pokok"?

means, tanya sama diri....apa sebab hidup kita tak teratur..sometimes..diri akan jawab...coz angin yang goncang..angin means ujian...ujian kehidupan yang pelbagai menyebabkan kehidupan kita seakan bergoncang ke sana ke mari, tak de arah tuju..

PATUT KE SALAHKAN UJIAN??

x patut...memang ujian itu lumrah kehidupan, tak de ujian, tak delah kehidupan. So, tanya pada diri...bila mahu berubah? Bila nak perbaiki iman?

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Kita suka buat perkara yang kita mahu...perkara yang kita ingin...Kita sanggup buat apa sahaja pada perkara yang kita mahu...tapi tak sanggup berkorban untuk buat perkara yang perlu..banyak sangat alasan untuk perkara yang perlu.

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Hemm...betul..tak mudah dan tak susah untuk buat perkara yang perlu ni...sumenya terserah pada diri kita.

Jika mahu redha dan syurga Allah
Buat apa yang Allah suruh
Tinggalkan apa yang dilarang olehNya

Jika mahu yang sebaliknya
Terserah atas pilihan...

Allah tak akan mengubah nasib seseorang selagi mana dia tidak mahu mengubah dirinya sendiri..:)

jadi...ce fikir...ce fikir..

Seandainya rebah
KAU MASIH ADA

Suka sangat lirik ni...Setelah kita penat berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik, pasti kita akan melalui manis dan pahit mujahadah...seandainya kita terasah lemah dan terasa iman semakin merebah...

Yakinlah!!!

KAU MASIH ADA

ALLAH masih ada menemani dan membantu sepanjang perjuangan kita..^_^

Baiknya Allah...Ya Allah, jangan tinggalkan kami ye...kerana kami amat memerlukanMu..

********************************************

Jadilah seorang pendengar yang berfikir. Jangan hanya mendengar tanpa memerhati (berfikir)...Tak mudah namun tak susah untuk mengubah cara berfikir, terserah atas pilihan kita untuk berubah bila dan dimana.

tidak ada kata esok, nanti , kejap lagi, akan datang UNTUK BERUBAH....

jika ingin berubah
hanya ada kata SEKARANG....NOW...

BERUBAHLAH kerana PERUBAHAN itu suatu perkara yang PERLU , bukan sekadar perkara yang MAHU.

untuk berubah tidak cukup dengan perkataan

" Aku MAHU berubah"

untuk berubah mestilah dengan 2 perkataan ini

" Aku MAHU dan PERLU berubah"

..::jOm Berubah menJadi PokOk yaNg beRmanfaaT::..

~Tanya SaMa pOkoK~


 




 p/s: human are not perfect..
-sekadar renungan semata-mata-
(^^,)









salam bicara,
philos0philia(",)